Ahad, 16 Mei 2010

Cerita Cinta Si Dia....


25 Kisah Cinta Si Dia (Di Petik dari Remaja Julai 07)

Insan yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya, yang penting, kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Insan yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, di hati dan matanya hanya kamu yang tercantik/paling tampan walaupun mungkin kamu ketika itu merasakan berat badan kamu sudah bertambah.

Insan yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari. Dia terlalu ingin tahu setiap kegiatan kamu.

Insan yang mencintai kamu selalu akan mengirimkan sms seperti "selamat pagi", "selamat tidur", "take care", dan lain-lain lagi walaupun kamu tidak membalas smsnya. Kerana dengan kiriman sms itulah dia menyatakan rasa cintanya. Meskipun dia tidak mengungkapkan "Aku Cinta Padamu" tetapi sebenarnya ungkapan cintanya itu disembunyikan di sebalik ayat-ayat yang dikirimkan.

Jika kamu menyambut hari jadi dan tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon kamu untuk mengucapkan selamat hari jadi atau mengirimkan sms tanda dirinya mengingati kamu. Si dia juga sentiasa ingat hari-hari istimewa dalam hidup kamu.

Insan yang mencintai kamu akan sentiasa mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan. Dia menyematkan kata-katamu nun jauh di hatinya. Seberapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya dan akhirnya kamu yang musnahkan, dan kamu telah lupa mengenainya. Tetapi tidak pada dirinya.

Insan yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaranmu. Si dia juga mungkin akan meminjam CD atau kaset milik kamu kerana dia ingin tahu kegemaran kamu. Padanya, kesukaan kamu adalah kesukaannya meskipun pada mulanya dia sukar untuk menerima. Tetapi dia tetap mencuba dan akhirnya berjaya.

Kalau kali terakhir
kalian bertemu, kamu mungkin sedang selesema atau batuk-batuk, selepas itu si dia akan sentiasa mengirim sms atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu. Ini kerana dia terlalu bimbang dan mengambil berat tentang diri kamu.

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, si dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung dan tiba harinya si dia aka megirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat kepada kamu.

Insan yang mencintai kamu akan memberikan barang mliknya yang mungkin bagi kamu sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Insan yang mncintai kamu akan terima sesaat ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah 'menggegarkan' dunianya.

Insan yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan menghabiskan hari-harinya hanya untuk bersamamu.

Jika suatu saat kamu terpaksa berpindah ke tempat lain, si dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu berwaspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Namun, jauh di sudut hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu.

Insan yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara dan bukannya seperti kekasih.

Insan yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang 'sengal' seperti menelefon kamu 100 kali dalam sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirimkan sms jiwang, sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

Insan yang mencintai kau kadang-kadang merindui kamu dan melakukan perkara yang boleh membuat kamu pening kepala. Namun, ketika kamu megatakan tindakanya itu membuat kamu terganggu, dia akan cepat-cepat meminta maaf dan tidak akan mengulanginya lagi.

Jika kamu memintanya untuk megajarkan sesuatu maka si dia akan mengajarmu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang 'terbodoh' di dunia. Malah, dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia juga tidak pernah sesekali mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu itu.

Kalau kamu melihat telefon bimbitnya, maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan sms-sms dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda paling berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolak, dia akan menyedari dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu 'membunuh' hatinya.

Jika suatu saat kamu ridukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

Jika kamu bersedih atau bergembira, insan
yang mencintai kamu juga akan turut sama merasainya. Baginya kesedihan kamu adalah kesedihannya dan kegembiraan kamu adalah kegembiraannya.

Insan yang mencintai kamu terlalu ingin menjaga kamu dengan sepenuh hatinya. Setiap detik dan masa, si dia akan berusaha untuk melindungi kamu walau dengan apa cara sekalipun.

Insan yang begitu mencintaimu tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan walaupun hatinya meronta ingin tahu. Ini kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kamu pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta…


Pernahkah ada insan yang melakukan perkara yang disenaraikan kepada kamu? Jika YA, jangan sia-siakan insan itu… kerana kamu pasti akan menyesali jika melakukannya…

1 ulasan:

  1. orang yang menyayangi kita tidak mampu menjadi sesempurna yang kita inginkan,tetapi dia terus mencuba menjadi yang terbaik bagi diri kita...

    baginya,menjaga hati,jiwa dan raga kita lebih penting dari dirinya sendiri....

    BalasPadam